Showing posts with label Zikir. Show all posts
Showing posts with label Zikir. Show all posts
Kelebihan Berzikir
1. Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2. Menyebabkan seseorang cinta kepadanya.
3. Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati.
4. Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
5. Menguatkan tubuh dan hati.
6. Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati.
7. Menarik rezeki.
8. Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma & berwibawa)
9. Zikir adalah sarana bagi kembali kepada ALLAH dan membuat seseorang itu berserah diri kepada-Nya.
10. Mendekatkan seseorang kepada ALLAH.
11. Zikir adalah pintu makrifat kepada ALLAH.
12. Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam hati.
13. Zikir membuatkan kita ingat pada ALLAH.
14. Zikir dapat menghidupkan hati.
15. Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani.
16. Menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan.
17. Menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was.
18. Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH, empat penjuru ‘Arasy berzikir mengingatinya.
19. Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH pada waktu senangnya, ALLAH mengingatinya pada saat dia berada dalam kesusahan.
20. Zikir adalah sarana bagi menyelamatkan diri daripada azab ALLAH.
21. Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan-ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong, perkataankotor dan juga perkataan sia-sia.
22. Majlis zikir adalah majlis malaikat, manakala majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan.
23. Dengan berzikir, seseorang menjadi lebih bahagia dan baik.
24. Pada hari kiamat, orang yang selalu berzikir terhindar daripada bencana dan penyesalan.
25. Zikir adalah pohon di syurga.
26. Seseorang yang berzikir secara konsisten selamat daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.
27. Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kemajuan dan kejayaan.
28. Nur zikir sentiasa bersama orang yang berzikir.
29. Dalam hati manusia, ada bahagian yang boleh subur hanya dengan berzikir.
30. Zikir dapat mengumpulkan kembali apa yang sudah bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.
31. Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada kelalaian.
32. Zikir adalah pohon yang berbuah makrifat.
33. Zikir adalah ubat penyakit hati.
34. Zikir adalah sumber kesyukuran.
35. Yang paling mulia antara orang yang bertakwa di sisi ALLAH adalah orang yang asyik berzikir, kerana balasan takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan ALLAH.
36. Zikir adalah sumber persahabatan dengan ALLAH.
37. Allah menurunkan rahmat-Nya kepada orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.
38. Sesiapa yang mahu menikmati syurga, sedangkan ia masih berada di dunia, dia perlu menghadiri majlis-majlis zikir kerana ini adalah taman syurga di dunia.
39. ALLAH membanggakan orang yang berzikir di hadapan malaikat.
40. Orang yang berzikir masuk syurga dengan tersenyum.
41. Zikir adalah pengganti dan pendorong bagi ibadat-ibadat nafilah.
42. Sekiranya seseorang berzikir di atas gunung ataupun tanah datar, tempat itu pasti berasa bangga.
43. Di dunia, wajah orang berzikir kelihatan gembira dan bercahaya semasa di akhirat.
44. Zikir adalah nikmat pada hati dan kelazatan iman dalam jiwa.
45. Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
46. Zikir memurahkan rezeki.
47. Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya ALLAH.
48. Mendapat pertolongan ALLAH apabila seseorang itu berada dalam kesusahan.
49. Mendapat penghormatan dan doa daripada para malaikat.
50. Mendapat cahaya daripada ALLAH dalam kehidupan di dunia, di alam barzakh dan juga titian sirath.
51. Menjadi perisai daripada neraka jahanam.
52. Mendekatkan diri kepada ALLAH bagi membuka pintu segala kebaikan.
53. Menghilangkan kegelisahan dalam hati.
54. Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit.
55. Menjauhkan diri daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
56. Menghapuskan dosa-dosa kecil dan maksiat kecil.
57. Terhindar daripada sifat munafik.
58. Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
59. ALLAH sentiasa mengingatinya seperti dalam penjelasannya, “Ingatlah Aku supaya Aku akan Mengingatimu.
Subscribe to:
Posts (Atom)